Status

HARI PERTAMA SEKOLAH

“Dah kenapa sis sarah ni up status HARI PERTAMA SEKOLAH? Ni duk cuti sekolah lagi la..”

Ade tak yang terdetik ayat tu bile baca status sarah ni?

Hehehe…sorry potong mood cuti sekolah u ols…

Sebenarnye hari ni hari pertama sarah bersekolah dengan SHAKLEE … tengah tulis post ni pun sarah tgh dalam kelas online dengan ummi lyana hisham…

Alhamdulillah banyak yang diturunkan ilmu kepada kami sekelas…

Kenapa sarah join shaklee plak ni?

Bukan sarah duk promote share pasal #ixorrainspiredperfume dengan #inaimerahmenyala ke?

Sebab sarah dah try & sarah yakin ia berkesan…

Ps: promotion bulan ni collagen tau..pastu promosi ixorra ade lagi tau..
Whatsapp : 01112781597

Advertisements

Stock Laku Laju #ixorrainspiredperfume

Alhamdulillah…

hari ni 8 botol telah dirembat orang…yang best nye..setiap customer yang pm or call sarah sangat2 excited dengan #ixorrainspiredperfume… hehehe…
Sabar ye sayang2…
Stock ade… cume stock in hand ni laku keras…
Baru ja restock…dah nak susut balik stock…kena restock balik ni…
Yang nak cod kat kulim, boleh la pm sarah tanye stock…boleh sarah simpan kan dalam wishlist u ols..
Yang mane nak tggu gaji pun boleh la habaq sarah wishlist u ols…boleh la sarah atur stock…
Dalam tengah tulis post ni pun sarah, ade orang duk pm wishlist nak cod sabtu ni…
Jangan segan silu pm k…sarah x garang aih…  😄😄😄
Ps : #promosiRM100 utk 3 botol masih on! Boleh la dapatkan 3 botol…tahan la sampai 4 bulan lebih ( ikut cara u ols spray la…hehehe)
Love,

Sarah

#wangianinspirasiku

Time ni tengah tunggu customer yang nak cod petang tadi..terima kasih ya dik..akak jual na…

Musim Cuti Sekolah = Musim Orang Kahwin

Salam… undangan ke majlis perkahwinan sanak saudara, kenalan & jiran tetangga mesti dah berderet kan…susun je kat kalendar…

Kami kat negeri yang cuti jumaat & sabtu ni sah2 akan ambil cuti untuk setiap Ahad bagi memenuhi undangan…hehehehe

Hari ni je ramai orang update highway jam sebab ramai yang balik kampung or travel…hehehe… (akak jugak mereput di rumah layan ulangan Gegar Vaganza)

Kenapa orang pilih cuti sekolah untuk buat majlis perkahwinan ek?

I miss this moment..masih segar diingatan

Saat potong kek kahwin tanggal 17 September 2016

This is my 2 cents…hehehe:

  1. Mak bapak tak perlu pikir nak suruh anak2 ponteng sekolah sebab nak balik kampung
  2. Kadang2 anak2 banyak tuisyen weekends so bile cuti sekolah especially hujung tahun selalunya tuisyen pun cuti..
  3. Selalunya peluang pi undangan perkahwinan tu sekali dengan nak pulang ke kampung ataupun bawak anak2 cuti2 Malaysia
  4. Memang dah jadi tradisi orang Malaysia

(Boleh la komen kalau ade yang nak tambah ape2 hehehe)

Tapi korang tau tak, ade impact yang kureeenggg gak kalau kita buat majlis time cuti sekolah:

  1. Akan clash tarikh dengan orang sebab ramai yang kahwin time cuti sekolah
  2. Kena cop tok kadi awal2
  3. Yang mane sewa baju (bukan tempah) kena berebut baju gn pengantin lain kat butik
  4. Mak andam ade masa yang telah diperuntukan…
  5. Pot nak tangkap gambar akan ramai dengan orang yang tgh cuti2 Malaysia atau dengan pasangan pengantin lain yang photoshoot kat tempat tu jugak
  6. Sometime orang akan kurang datang ke majlis pengantin tu sebab terpaksa attend ke majlis lain yang lebih jauh ( sebab saudara mara)

Dan macam2 lagi..( nak tambah just leave kat komen ya )

Tapi…walau macam mane pun…benda baik ni buat lah bila2 pun…percepatkan benda yang baik sangat dituntut…

Ps: best tau kawen ni…hehehehe…sape yang nak kahwin tapi xtau nak beli inai kat mane..boleh beli kat saya…ade pakej “Set Raja Sehari ” dan ” Set Sexy Menggoda”.. sah sehingga 15 Disember 2016

Set Raja Sehari = 4 Kon Inai + 2 bekas inai celup + FREE POSTAGE + FREE GIFTS

Whatsapp : 01112781597

“Inai Merah Menyala”

Chicken Pox Melanda diri

Salam…

Teringat tahun lepas time dekat nak tunang… terkena demam denggi…dekat 11 hari terlantar dekat Hospital Besar Ipoh wad denggi…

Muntah, demam, badan keluar merah2…time tu, i manage to loose weight up to 4 kilos!

Tapi lepas tu naik meroked hahahahaha….

Then, sekrang baru je lepas kena demam campak or chicken pox…sedangkan 3rd december lepas adalah majlis menyambut belah lelaki kat baling…sooo…preparation ala kadar je…

Kesian kat suami, xdapat tolong banyak..plus byk plan tak dapat dilaksanakan…

Baru aku tau macam mane rasa kena chicken pox, demam…sakit sendi2… pastu badan gatal2…pedih sebab ade air bisa…orang nak pegang pun sakit…kena lembut2 je…

Chicken Pox tumbuh dengan jayanya di muka!

Time ni baru tau mcm2 pantang larang dan petua bile terkena chicken pox:

  1. Tak boleh makan telur, ayam, sotong, udang atau ape sahaja yang gatal sebab nanti badan gatal-gatal.
  2. Tak boleh makan kicap sebab nanti parut jadi hitam.
  3. Tak boleh kena hujan sebab nanti bekas chicken pox tu akan timbul atau berlekuk selama2nya..
  4. Tak boleh menggoreng atau makan benda goreng sebab nanti gatal
  5. Kena selalu mandi sebab chicken pox ni badan kita jadi panas.
  6. Kena mandi dengan daun semambu (tapi aku xbuat hehehe)
  7. Buat bedak sejuk daun semambu (yang ni aku buat…sakit weehhh bile kena daun semambu)
  8. Minum air kelapa supaya campak tu keluar semua
  9. Ade yang kata kalau anak kena demam campak, parents tak boleh bersama, kalau x nanti keluar nanah.

So…tu antara petua dan pantang larang yang aku belajar selama kena chicken pox.

Masa tengah tulis entry ni, chicken pox aku dah kering, cuma tak jadi keruping lagi…x semua la…

Harap2 cepat la die sembuh …sebab seksa la bile nak mandi…pedih, pastu xboleh lasak2…

Ps: sekarang ketumbit plak naik kat mata kiri…dugaaan…btw, thanks to family, husband & especially mama yang jaga anje time pantang demam chicken pox…hanya Allah yang dapat balas jasa semua…